In The News

VCAM Lancar Dana Peluang Malaysia (Malay)

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2015 (Bernama): VCAP Asset Managers (VCAM) Sdn Bhd, anak syarikat ValueCAP Sdn Bhd, telah melancarkan Dana Peluang Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Malaysia untuk menggalakkan pasaran modal tempatan yang mampan dan bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shan Kamahl Mohammad berkata, dana pertumbuhan ekuiti terbuka itu akan dilabur dalam 25 sekuriti konstituen di Indeks Bursa Malaysia FTSEGood.

Dua puluh lima syarikat itu menunjukkan pendekatan utama dalam menangani risiko ESG daripada 200 syarikat teratas di Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia.

"Dana terbabit tidak terhad dan keperluan untuk setiap pelaburan ialah 250,000 unit pada RM1 seunit dengan minimum dua pelabur.

"Kami akan melakukan pemeriksaan tambahan di mana asas kewangan, prospek perindustrian dan kualiti pengurusan disokong pandangan pelbagai peringkat, di samping penyelidikan pasaran proprietari bagi menilai konstituen ke atas FTSEGood Bursa Malaysia," kata Shan.

Bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Dana Peluang ESG Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, dua lagi dana ESG berpangkalan di ASEAN boleh diperolehi pelabur khusus Malaysia lewat tahun ini.

Mengenai prospek syarikat pegangan pelaburan itu, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif ValueCAP dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Sharifatu Laila Syed Ali berkata, ValueCAP menyasarkan pertumbuhan 12 peratus untuk aset di bawah pengurusannya dalam tempoh dua tahun akan datang, manakala aset di bawah pengurusan VCAM kini bernilai RM4.5 bilion.

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Khazanah Nasional and Permodalan Nasional Bhd masing-masing memegang 33.34 peratus, 33.33 peratus dan 33.33 peraut dalam ValueCAP.

-- BERNAMA
BACK